Cara Alternatif Hilangkan EyeBag Di Mata Supaya Tak Jadi Mata Panda



Mata antara anugerah Allah yang paling berharga. Sebab 

itulah ada pepatah yang berbunyi ” dari mata turun ke hati. 

Memang benar rasa cinta dan kekaguman bermula dari 

jelingan mata yang mempesona! Ibarat panahan asmara 

menikam tepat ke hati. Chewaaahh!

Justeru amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan mata dengan tidak membiarkan mata dilingkari oleh eyebag atau mata panda seolah-olah seperti zombi pula.


Tahukah anda sebenarnya penjagaan mata ini boleh dilakukan dengan mudah dan semulajadi? Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang 2 tips berikut iaitu:
  • Tips Penjagaan Mata; dan
  • Cara Hilangkan EyeBag Di Sekitar Mata 


Tips Penjagaan Mata Untuk Kekal Segar Dan Cantik

  • Amalkan pemakanan vitamin A untuk menghasilkan mata yang lebih terang. Bagi anda yang kurang gemar mengambil pil atau makanan tambahan boleh dapatkan khasiat daripada pemakanan diet yang kaya dengan vitamin A seperti betik, telur, ikan, susu dan lain-lain.

  • Cuci mata anda dengan menggunakan air yang dingin agar mata sentiasa segar dan bersinar.

  • Letakkan hirisan timun pada bahagian mata selama beberapa minit untuk kesegaran mata sepanjang hari.

  • Letakkan hirisan kentang pada bahagian mata untuk mengurangkan kesan lebam pada bawah mata.

  • Rendamkan kain tuala kecil dalam air semalaman dan gunakan kain tersebut untuk membasuh mata pada besok pagi.

  • Rendamkan kain kapas ke dalam air susu suam dan tutup bahagian mata selama 15 minit.
  • Jika mata anda merah dan terasa gatal-gatal. cuba urutkan kulit kepala dengan menggunakan susu masam kerana ia mampu memulihkan rasa gatal-gatal pada bahagian mata anda.

  • Untuk melegakan mata yang letih, celupkan sedikit susu sejuk menggunakan pad kapas lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit. Tenangkan diri dan nikmatilah kesegarannya.

  • Untuk mendapatkan kesegaran mata dan otot-otot mata yang maksima, tutup mata anda dan fikirkanlah sesuatu yang indah dan membahagiakan perasaan. Bayangkan anda sedang melihat kawasan yang indah, damai dan menenangkan mata. Buka mata perlahan-lahan dan cuba perhatikan keindahan alam sekeliling.

  • Rendamkan kain tuala yang kering ke dalam secawan air suam semalaman. Keesokan harinya letakkan kain tuala pada kain maslin lalu tambah secawan air lagi. Gunakan kain tersebut untuk membasuh wajah anda bagi mendapatkan kesegaran mata.

  • Basuh wajah sebelum tidur dan pastikan tiada lagi kesan solekan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah. Jika anda ingin mengenakan krim wajah pastikan anda hanya menggunakan krim malam sahaja kerana ia telah diformulasi khas untuk kegunaan waktu malam.


Cara Hilangkan Eye Bag Supaya Kembali Jadi Orang!

EyeBag atau lingkaran hitam di bawah mata ini terjadi kerana kita mengabaikan tidur dan rehat yang mencukupi Bila kita tidak cukup tidur atau rehat, kita akan memaksa mata untuk bekerja lebih daripada biasa sehingga mewujudkan lingkaran hitam sekitar mata.
Berikut adalah cara yang mudah untuk kita cuba bagi mengatasi masalah ini.
  • Urut mata menggunakan krim badam selama 5 minit lalu lapkan dengan menggunakan kapas.

  • Lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndam dengan air susu untuk mengurangkan kesan lebam di bawah mata.

  • Basahkan kapas dengan air mawar lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit.

  • Parut kentang dan ambil jusnya lalu disapukan kepada sekitar mata.

  • Bungkuskan kiub ais di dalam kain kapas bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan tekapkan pada bahagian mata selama 1 jam.

  • Urut bahagian lingkaran bawah mata menggunakan krim pemutih lembut untuk menghilangkan lebam bawah mata.

  • Sapukan jus timun pada bahagian mata setiap hari sebelum tidur.

  • Kisarkan isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon lalu sapukan pada bahagian lingkaran bawah mata sehingga kering.

Cubalah LOVEYE EYEBAG SERUM Dari Miracle wellcare Sdn Bhs utk hilangkan eyebag dan lingkaran gelap mata anda dengan berkesan.